Tuesday 3 March 2015

Perjalanan Hidup Aku Seorang Penagih Ilmu


BULAN KETIGA DI UITM.............


       


       Pada bulan ketiga aku berada di uitm ini .Aku mengenal banyak hal .Pertama sekali aku banyak mengenal erti kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan di dalam universiti ,kolej mahupun aktiviti di dalam kelas .Aku juga dapat mengenal  siapa kawan siapa lawan .Bagi aku berkawan perlu lebih ikhlas dalam segala hal .Sahabat beerti rakan yang sanggup menerima kekurangan buruk baik sahabatnya .Aku juga banyak berterima kasih kepada rakan-rakan disekelilingku kerana banyak memberi semangat sewaktu aku memerlukan .Kumpulan yang paling aku sayang dekat Uitm ni ialah kumpulan 'The Hakak suweekk ' aku sayang sangat dengan kumpulan aku ni .Kumpulan ni banyak mengajar aku erti kasih sayang dalam persahabatan dan ketua yang paling aku hormat ialah Nur syuhada ajlaa ataupun meksyu .Tak boleh nak ungkap macam mana aku sayang mereka semua ni .Meksyu merupakan ketua kelas yang paling baik selamanya di sebalik masalah setiap budak kelas dia ,dia akan tahu walaupun kita tak cakap atau tak kongsi apa-apa masalah dengan dia .Dia selalu gembira dalam kelas aku tak pernah tengok dia sedih .Meksyu seorang wanita yang kuat .Aku yakin dia akan berjaya dalam hidup dia suatu hari nanti .InsyaAllah .Aku sayang kau meksyu .Kau pembakar semangat aku untuk terus kuat lawan setiap masalah yang timbul dekat aku .Walaupun kau baru kenal aku kau banyak sangat berjasa pada aku dengan budak kelas .Kalau kau takde satu hari je mek aku dengan yang lain mesti rindu kau .This is what true friends did .sayang kelas A sangat .:)

Perjalanan hidupku seorang penagih Ilmu


          
BULAN KEDUA DI UITM JOHOR ....

    Tanggal 8 January 2015 merupakan tarikh keramat aku iaitu tarikh di mana lahirnya aku ke dunia .Aku menyambutnya dirumah sahaja .Pada keesokan harinya , keluarga ku menghantar ku pulang ke Uitm Segamat setelah hampir 3 minggu bercuti di rumahku di Johor Bahru .Hati ku sangat sayu memikirkan aku bakal ditinggalkan lagi seorang diri di asrama Uitm ini .Sewaktu keluargaku hendak berangkat pulang aku sekali lagi berasa sebak dan mengalirkan air mata kerana aku tidak biasa ditinggalkan dan tidak pernah berpisah dengan kedua ibubapa ku sejak dari kecil lagi .Ibu sangat memahami diri aku .Dia memeluk erat aku dan membisikkn kata-kata semangat kepada aku supaya aku cekal kan hati dan kuatkan semangat .Tertanya-tanya bolehkah aku membawa diri di sini .Perasaan risau mulalah menguasai diri aku apabila berjauhan dengan kedua ibu bapa ku .Pada setiap pagi pasti aku akan menelefon ibubapaku menanyakan khabar berita di rumah .
      Pada bulan kedua ini aku menerima banyak sekali kerja-kerja kursus yang perlu dibuat secara berkumpulan .Aku mempunyai kumpulan yang agak baik dikalangan aku pada waktu ini .Bersyukur juga dapat mereka .Dapatlah juga menimba pengalaman baru .Sebelum ini aku tidak pernah membuat pembentangan di hadapan kelas .Apabila berada di peringkat university ini baru lah aku tahu ada benarnya juga kata guru lama sekolah ku .keyakinan sangat di perlukan untuk memasuki universiti .Ini lah salah satu sebabnya .Semua pembentangan hendaklah dibuat dalam bahasa inggeris .Pembentangan pertama yang aku buat ialah pembentangan tentang tajuk grammar sewaktu itu kumpulan aku diberi tugasan untuk membentangkan kata sendi .Mujur ianya mudah sedikit dari kumpulan yang lain .Aku begitu gugup .Bibirku terketar-ketar pada waktu itu kerana ketakutan yang melanda diriku tidak dapat dibendung dengan baik .

     Rupanya tidak mudah juga untuk berbicara di hadapan orang ramai .lagi pula diperhatikan oleh pensyarah .Aku perlu untuk mencari tahap keyakinan diri aku untuk berada terus  di peringkat universiti ini .Tambahan pula di sini banyak persaingan .Ramai pelajar-pelajar yang lebih bijak dan mempunyai keyakinan yang tinggi berbanding aku .Aku perlu berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya .

Monday 2 March 2015

Perjalanan hidupku seorang penagih Ilmu



BULAN PERTAMA DI UITM JOHOR ….

Pada November 2014 yang lalu,aku telah ditawarkan masuk ke Uitm Segamat Johor . Aku telah ditawarkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Maklumat .Aku telah menerima kursus ini dengan hati yang terbuka walaupun tidak mengetahui subjek ini berkenaan dengan apa dan masih tidak aku fahami apakah pengajian ini sesuai untuk aku .Perbincangan antara ibu bapa ku telah dibuat dan mereka telah sebulat suara menyutujui untuk aku mendaftar ke Uitm Segamat ini .Perasaan berdebar ,risau dan semangat untuk memulakan pembelajaran di tempat pengajian baru aku kongsikan bersama rakan-rakan sekelasku dan juga guru-guru kesayanganku .Mereka turut gembira walaupun aku gagal di permohonan pertama .
     Pada 23 November 2014 aku telah mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi uitm segamat johor .Pada masa ini aku tahu aku sudah memikul tanggungjawab yang besar kerana membawa harapan kedua ibubapa ku dan menjadi seorang pelajar yang berjaya .Namun aku juga gembira kerana cita-citaku telah tercapai untuk berada dan menimba ilmu di Uitm ini dan peluang ini tidak akan aku sia-siakan .Aku telah berjanji kepada diri aku untuk sentiasa berusaha dan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan ku dan juga demi kedua ibubapa ku .Pada saat ibu dan bapaku selesai meletakkan barang-barang di bilik ku .Aku berasa sebak kerana ibu bapa ku akan meninggalkan aku disini dan tiba masanya aku berdikari .Pada masa itu juga ayah dan ibu memelukku erat dan berkata jangan sia-siakan harapan ayah dan ibu .Pada hari pertama di Uitm aku harus menghadiri minggu destini siswa sehingga hari keenam .Masih aku ingat ,minggu tersebut adalah minggu paling memenatkan bagi siswa dan siswi .Aku ada juga berkenalan dengan rakan-rakan baru .

      Minggu pertama aku di uitm ,aku diberi kelas iaitu JIM1101A aku bersyukur kerana mendapat kelas ini kerana jadualnya yang tidak terlalu padat .Pada waktu itu juga aku berharap pelajar kelas ini semuanya peramah .Kelas pertama yang aku hadiri ialah kelas Puan Faraliza subjek imd 111 .Kelas ini telah dibatalkan pada hari itu .Aku dapatlah juga mengenali beberapa rakan-rakan dari kelas itu .Pada minggu kedua  adalah minggu yang agak mencabar juga bagi aku kerana pada minggu pelajaran akan dimulakan .Takut juga aku kalau-kalau aku tidak dapat menangkap apa  yang pensyarah ku ajarkan nanti kerana pembelajarannya adalah di dalam bahasa inggeris .Aku tidak begitu fasih berkata-kata dan memahami dalam bahasa inggeris .Aku bukanlah seorang yang bijak berkata-kata dalam bahasa inggeris .Di dalam SPM juga aku hanya mendapat gred C .
    Pada minggu ketiga dan minggu keempat aku telah bercuti sempena dengan perayaan krismas dan sambutan tahun baru .Uitm telah bercuti selama dua minggu .Pada waktu tersebut aku sungguh gembira kerana dapat juga aku pulang ke rumah .Namun dalam gembira ,aku juga berasa sangat sedih kerana aku perlu bercuti dengan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah ku .Aku juga turut bercuti bersama keluarga di Pulau Tioman .Pada minggu kedua aku berada di rumah ,aku mendapat tahu bahawa ada beberapa negeri yang menghadapi musibah banjir termasuklah tempat kelahiran ku iaitu Kelantan Darul Naim .Hanya mampu berdoa kepada yang maha esa untuk menyelamatkan saudara mara ku di kampung .Kasihan juga mengenangkan nenek ku yang sedang uzur di kampung takut juga terjadi yang tidak patut kepadanya .Aku juga mendapat berita dari pihak Uitm mengatakan cuti akan dipanjangkan sempena dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri .
     Itu sahajalah yang aku dapat ceritakan pada bulan pertama .Bulan yang banyak meninggalkan pengalaman yang baik .