Monday 2 March 2015

Perjalanan hidupku seorang penagih Ilmu



BULAN PERTAMA DI UITM JOHOR ….

Pada November 2014 yang lalu,aku telah ditawarkan masuk ke Uitm Segamat Johor . Aku telah ditawarkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Maklumat .Aku telah menerima kursus ini dengan hati yang terbuka walaupun tidak mengetahui subjek ini berkenaan dengan apa dan masih tidak aku fahami apakah pengajian ini sesuai untuk aku .Perbincangan antara ibu bapa ku telah dibuat dan mereka telah sebulat suara menyutujui untuk aku mendaftar ke Uitm Segamat ini .Perasaan berdebar ,risau dan semangat untuk memulakan pembelajaran di tempat pengajian baru aku kongsikan bersama rakan-rakan sekelasku dan juga guru-guru kesayanganku .Mereka turut gembira walaupun aku gagal di permohonan pertama .
     Pada 23 November 2014 aku telah mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi uitm segamat johor .Pada masa ini aku tahu aku sudah memikul tanggungjawab yang besar kerana membawa harapan kedua ibubapa ku dan menjadi seorang pelajar yang berjaya .Namun aku juga gembira kerana cita-citaku telah tercapai untuk berada dan menimba ilmu di Uitm ini dan peluang ini tidak akan aku sia-siakan .Aku telah berjanji kepada diri aku untuk sentiasa berusaha dan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan ku dan juga demi kedua ibubapa ku .Pada saat ibu dan bapaku selesai meletakkan barang-barang di bilik ku .Aku berasa sebak kerana ibu bapa ku akan meninggalkan aku disini dan tiba masanya aku berdikari .Pada masa itu juga ayah dan ibu memelukku erat dan berkata jangan sia-siakan harapan ayah dan ibu .Pada hari pertama di Uitm aku harus menghadiri minggu destini siswa sehingga hari keenam .Masih aku ingat ,minggu tersebut adalah minggu paling memenatkan bagi siswa dan siswi .Aku ada juga berkenalan dengan rakan-rakan baru .

      Minggu pertama aku di uitm ,aku diberi kelas iaitu JIM1101A aku bersyukur kerana mendapat kelas ini kerana jadualnya yang tidak terlalu padat .Pada waktu itu juga aku berharap pelajar kelas ini semuanya peramah .Kelas pertama yang aku hadiri ialah kelas Puan Faraliza subjek imd 111 .Kelas ini telah dibatalkan pada hari itu .Aku dapatlah juga mengenali beberapa rakan-rakan dari kelas itu .Pada minggu kedua  adalah minggu yang agak mencabar juga bagi aku kerana pada minggu pelajaran akan dimulakan .Takut juga aku kalau-kalau aku tidak dapat menangkap apa  yang pensyarah ku ajarkan nanti kerana pembelajarannya adalah di dalam bahasa inggeris .Aku tidak begitu fasih berkata-kata dan memahami dalam bahasa inggeris .Aku bukanlah seorang yang bijak berkata-kata dalam bahasa inggeris .Di dalam SPM juga aku hanya mendapat gred C .
    Pada minggu ketiga dan minggu keempat aku telah bercuti sempena dengan perayaan krismas dan sambutan tahun baru .Uitm telah bercuti selama dua minggu .Pada waktu tersebut aku sungguh gembira kerana dapat juga aku pulang ke rumah .Namun dalam gembira ,aku juga berasa sangat sedih kerana aku perlu bercuti dengan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah ku .Aku juga turut bercuti bersama keluarga di Pulau Tioman .Pada minggu kedua aku berada di rumah ,aku mendapat tahu bahawa ada beberapa negeri yang menghadapi musibah banjir termasuklah tempat kelahiran ku iaitu Kelantan Darul Naim .Hanya mampu berdoa kepada yang maha esa untuk menyelamatkan saudara mara ku di kampung .Kasihan juga mengenangkan nenek ku yang sedang uzur di kampung takut juga terjadi yang tidak patut kepadanya .Aku juga mendapat berita dari pihak Uitm mengatakan cuti akan dipanjangkan sempena dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri .
     Itu sahajalah yang aku dapat ceritakan pada bulan pertama .Bulan yang banyak meninggalkan pengalaman yang baik .

No comments:

Post a Comment