Tuesday 3 March 2015

Perjalanan hidupku seorang penagih Ilmu


          
BULAN KEDUA DI UITM JOHOR ....

    Tanggal 8 January 2015 merupakan tarikh keramat aku iaitu tarikh di mana lahirnya aku ke dunia .Aku menyambutnya dirumah sahaja .Pada keesokan harinya , keluarga ku menghantar ku pulang ke Uitm Segamat setelah hampir 3 minggu bercuti di rumahku di Johor Bahru .Hati ku sangat sayu memikirkan aku bakal ditinggalkan lagi seorang diri di asrama Uitm ini .Sewaktu keluargaku hendak berangkat pulang aku sekali lagi berasa sebak dan mengalirkan air mata kerana aku tidak biasa ditinggalkan dan tidak pernah berpisah dengan kedua ibubapa ku sejak dari kecil lagi .Ibu sangat memahami diri aku .Dia memeluk erat aku dan membisikkn kata-kata semangat kepada aku supaya aku cekal kan hati dan kuatkan semangat .Tertanya-tanya bolehkah aku membawa diri di sini .Perasaan risau mulalah menguasai diri aku apabila berjauhan dengan kedua ibu bapa ku .Pada setiap pagi pasti aku akan menelefon ibubapaku menanyakan khabar berita di rumah .
      Pada bulan kedua ini aku menerima banyak sekali kerja-kerja kursus yang perlu dibuat secara berkumpulan .Aku mempunyai kumpulan yang agak baik dikalangan aku pada waktu ini .Bersyukur juga dapat mereka .Dapatlah juga menimba pengalaman baru .Sebelum ini aku tidak pernah membuat pembentangan di hadapan kelas .Apabila berada di peringkat university ini baru lah aku tahu ada benarnya juga kata guru lama sekolah ku .keyakinan sangat di perlukan untuk memasuki universiti .Ini lah salah satu sebabnya .Semua pembentangan hendaklah dibuat dalam bahasa inggeris .Pembentangan pertama yang aku buat ialah pembentangan tentang tajuk grammar sewaktu itu kumpulan aku diberi tugasan untuk membentangkan kata sendi .Mujur ianya mudah sedikit dari kumpulan yang lain .Aku begitu gugup .Bibirku terketar-ketar pada waktu itu kerana ketakutan yang melanda diriku tidak dapat dibendung dengan baik .

     Rupanya tidak mudah juga untuk berbicara di hadapan orang ramai .lagi pula diperhatikan oleh pensyarah .Aku perlu untuk mencari tahap keyakinan diri aku untuk berada terus  di peringkat universiti ini .Tambahan pula di sini banyak persaingan .Ramai pelajar-pelajar yang lebih bijak dan mempunyai keyakinan yang tinggi berbanding aku .Aku perlu berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya .

No comments:

Post a Comment